Rabu, 1 September 2010

Kesan-kesan obesiti

Sakit jantung



  •  Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. 



  •  Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas akan terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan tantung yang tidak normal.

Darah Tinggi



  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi.



  • Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti.



  •  Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat.



  •  Apabila ruang salur darah sudah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.



 Ng Ming Hoay (206260)
Oh Chai Ying (206241)
Tan chia hui (206443)

Kanser



  • Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal breast kanser.

Penyakit kencing manis



  • Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes.



  • Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan.



  • Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung.



  • Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah.

Emosi tidak stabil
  • Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi karana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif seperti orang lain.

Siti norhaida binti mohammad daud  (206449)
Norjana binti jafar    (206527)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan