Rabu, 1 September 2010

Tahukah anda?????????????????????

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:
  1. Makanlah secara perlahan bagi setiap kunyahan
  2. Menggunakan pinggan atau mengkuk yang lebih kecil.
  3. Mulakan makan dengan kuantiti yang kecil semasa makan.
  4. Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan seperti sup sayur, buah-buahan dan air kosong.
  5. Makan di tempat yang tertentu sahaja (elakkan di depan television atau semasa bekerja)
  6. Makan pada masa yang tepat
  7. Tidak meninggalkal sarapan pagi kerana ini menyebabkan pengambilan makanan yang banyak pada waktu makan tengah hari
  8. Amalkan snek sihat separti buah-buahan
  9. Mengurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit ketika keluar
  10. Atasi tekanan atau masalah dengan sebaiknya
  Oleh itu,makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik dari merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah  kesihatan lain?
 
  Jika belum marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekiling.Kita sihat,masyarakat sihat pasti semua boleh bekerja dan menjalani hidup yang berkualiti.

   Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah S.W.T, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan.




Norjana binti Jafar   (206527)
Siti Norhaida bt Mohammad Daud  (206449)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan