Rabu, 1 September 2010

Punca-punca menyebabkan obesiti


Pemakanan yang tidak sihat 



  • Dalam masa terkini khususnya Malaysia, kita mempunyai  pelbagai kaum dan juga hidangan makanan yang berbeza.



  •  Terdapat 90% daripada masyarakat kita telah menjadikan makanan yang tidat sihat sebagai rutin makanan harian mereka.



  • Contoh bagi makanan yang tidak sihat adalah seperti roti canai ,teh tarik, nasi lemak dan sebagainya.



  • Perkara yang membimbangkan ialah makanan yang tidak sihat dengan perlahannya telah menjadi sarapan bagi lapisan masyarakat kita.

Genetik



  • Kegemukkan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga.



  • Disebabkan itu kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung mempunyai anak-anak yang mempunyai saiz yang sama dengan mereka.




  • Hal ini berlaku apabila ibu yang mengalami obesiti hamil.



  • Pada waktu itu,berlakulah perkongsian sel lemak dengan bayi dikandung oleh mereka,maka unsur sel lemak yang berjumlah besar akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan.



  •  Maka tidak hairanlah bila bayi yang lahir  memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama dengan si ibu.


Pengambilan gula berlebihan



  • Pengambilan gula berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam juga mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan.



  • Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung

Chia Shi Churn (206523)




Budaya makan pada lewat malam



  • Tahukah anda bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai pelbagai jenis variasi makanan.



  •  Kebanyakkan peniaga restoran makanan menjalankan perniagaan mereka hingga lewat malam atau 24jam.


  • Implikasinya kebanyakkan masyarakat mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan tanpa mengira khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut.


  • Hal ini menyebabkan golongan yang makan pada lewat malam mempunyai tenaga yang berlebihan dari yang diperlukan oleh badan mereka.


  • Tenaga tersebut akan bertukar menjadi sel-sel lemak yang akan disimpan dalam tubuh.


  • Jika sel-sel lemak itu dikumpul dan berada dalam kuantiti yang banyak tanpa melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengurangkan kuantiti lemak tersebut,maka seseorang itu akan mengalami obesiti.  

      Pengaruh emosi yang tidak stabil




    • Pengaruh emosi juga antara punca berlakunya obesiti.



    • Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan,kebanyakkan individu yang mengalami tekanan obses untuk makan makanan dalam kuantiti yang banyak tanpa mengambil kira kandungan makanan tersebut.



    • Bagi mereka, dengan makan sesuatu akan mengurangkan rasa tekanan yang dialami.



    • Jadi, tidak hairanlah mereka akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan risiko untuk menghidap obesiti adalah tinggi.

    Tan Chee Shen (206495)

    2 ulasan:

    1. dari zul

      maklumat berkaitan obesiti yang sangat berguna

      BalasPadam
    2. Ramai rakyat Malaysia mengalami obesiti akibat dari gaya hidup yang tak sihat.

      BalasPadam