Rabu, 1 September 2010

Langkah-langkah Mengatasi Obesiti

Langkah – langkah Mengatasi Obesiti

Amalan pemakanan yang sihat

  • Amalan pemakanan yang sihat adalah langkah yang penting untuk mengatasi masalah obesiti.


  • Pemakanan yang seimbang terdiri daripada semua nutrisi dari karbohidrat hinggalah ke protein.
  • Semua nutrisi harus diambil oleh seseorang dalam kuantiti atau kadar yang disyorkan oleh pakar-pakar pemakanan.
  • Hal ini penting bagi memastikan bahawa badannya menerima  nutrisi yang cukup dan mengelakkan diri daripada berlakunya obesiti.

Senaman

  • Senaman yang bersesuaian dan teratur boleh membantu seseorang untuk mengurangkan berat badannya.


  • Melakukan senaman secara berkala iaitu selama 20-30 minit setiap hari dalam tiga kali seminggu.


  • intensiti senaman perlu bersesuaian dengan peringkat umur individu tersebut.


  • Misalnya mangamalkan jogging atau melakukan latihan di gimnasium secara teratur.



  • Cara ini amat berkesan dan memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dari seseorang.
Amalkan gaya hidup yang sihat
  • Amalan gaya hidup yang sihat akan memberi kesan yang positif dan dapat meningkatkan tahap kualiti kesihatan yang baik serta mengelakkan individu daripada menghidapi penyakit. 

  • Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan doktor bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku ke atas diri kita. Justeru, doktor akan memberi nasihat dan motivasi untuk mengamalkan amalan permakanan yang seimbang terhadap individu tersebut.


Norjana Jaafar (206527)

Program kesihatan


  • Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga boleh mengadakan pelbagai program berkaitan dengan kesihatan.



  • Program kesihatan juga boleh diselitkan dengan pelbagai cara untuk mengatasi berat badan secara tradisional atau cara–cara untuk menjaga badan supaya tidak menjadi gemuk atau obesiti



  • Selain itu, media bercetak seperti majalah– majalah, surat khabar dan sebagainya tidak ketinggalan memberikan sumbangan dengan memaparkan artikel –artikel berguna dalam sudut–sudut yang diperuntukkan dalam menangani masalah obesiti.


Kempen kesihatan


  • Antara langkah lain yang juga boleh diambil bagi mengatasi masalah obesiti ialah melalui kempen kesihatan.
  • Hal ini disebabkan oleh sesetengah masyarakat tidak mengetahui atau mempunyai ilmu yang sedikit dan pengetahuan yang cetek tentang obesiti.




  • Jesteru itu, kempen yang diadakan boleh memperkenalkan apa itu obesiti secara menyeluruh iaitu bermula dari punca berlakunya obesiti hinggalah kepada langkah-langkah mengatasi obesiti.


  •  Hal ini dapat memberi pendedahan lebih berkesan kepada masyarakat dalam menangani masalah obesiti.

Siti Norhaida bt Mohammad Daud (206449)

4 ulasan: