Rabu, 1 September 2010

Pengenalan

    Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti juga dapat meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.

    Obesiti juga merupakan sejenis penyakit nutrisi.Seseorang yang dikatakan obesiti jika mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 40 atau 35.Beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.

   Seseorang yang dikatakan obesiti jika nisbah pinggang ke pinggol (WHR) yang boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemakdalam badan.

                         keliling pinggang         ( sm/in )
                                                                                                                           keliling pinggul           (  sm/in )
  
     Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.



 SOH YUN SOON (206510)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan